KHASIAT LAICI UNTUK KESIHATAN BADAN


Laici sangat terkenal dengan keupayaannya untuk mencerahkan kulit dan membuatkan rona wajah lebih sekata. Walau bagaimanapun, buah ini mempunyai banyak lagi manfaat lain, antaranya adalah dapat merawat masalah pencernaan, peredaran darah dan banyak lagi.

1. Baik untuk sistem pencernaan

Laici mengandungi banyak serat, sama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Serat merupakan satu komponen yang amat penting untuk kesihatan perut. Ia dapat memudahkan pergerakan tinja dan mengurangkan kesakitan semasa membuang air besar.Bukan itu sahaja, menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Functional Foods, laici juga dapat mengurangkan masalah perut buncit. 

2. Dapat menguatkan sistem imun badan

Satu hidangan laici mengandungi lebih 100% daripada keperluan vitamin C harian badan. Seperti ramai yang sudah sedia maklum, vitamin C amat penting untuk sistem imun badan kita.Malah, vitamin C juga dapat merangsang aktiviti sel darah putih barisan pertahanan utama badan daripada sebarang penyakit dan membuatkannya berfungsi dengan lebih baik.


3.Dapat mengawal tekanan darah

Laici kaya dengan potassium, sejenis garam yang dapat membantu badan mengekalkan keseimbangan cecair badan. Keseimbangan cecair badan bukan sahaja penting untuk memastikan fungsi metabolik berjalan dengan lancar, ia juga mempunyai fungsi tersendiri dalam mengawal tekanan darah.Malah, laici juga dikatakan mempunyai peranan sebagai vasodilator, sejenis bahan yang dapat membuka semula saluran darah. Ia dapat mengurangkan penyempitan saluran darah dan mengurangkan stres pada sistem kardiovaskular.

4. Buah laici mungkin mempunyai sifat antikanser

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh National Key Laboratory of Biotherapy, China, laici mengandungi bahan polifenolik yang mampu melawan kanser hati. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong dapatan ini.Namun, laici mengandungi banyak komponen organik yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Oleh sebab itu, pengambilannya sangat efektif untuk melawan pelbagai jenis kanser.

5. Mungkin dapat meningkatkan fungsi kognitif

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Nutrients, laici mengandungi banyak bahan yang bermanfaat untuk kesihatan saraf.Malah, khasiat laici juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kerosakan saraf.Malah, kajian yang dilakukan ke atas tikus makmal ini juga mendapati bahawa komponen dalam laici dapat mengurangkan kerosakan saraf disebabkan penyakit Alzhemier.

No comments:

Post a Comment