MANFAAT SARANG BURUNG WALIT
1.Kaya dengan protein
Analisis keputusan kajian menunjukkan walaupun terdapat perbezaan cara sarang dituai (rumah toko dan juga gua semula jadi) kesemua EBN yang dikaji mempunyai kandungan protein yang tinggi sekitar 59.8% sehinggalah 65.4% daripada keseluruhan sarang tersebut.
Protein adalah salah
satu makronutrien yang penting dalam tubuh badan manusia selain lemak dan
kabohidrat.Protein
terdiri daripada satu atau lebih rantaian amino asid daripada
pelbagai jenis.
Selain memainkan peranan yang penting dalam memastikan jisim otot badan tidak susut dan bahan binaan asas untuk pelbagai sel dan tisu dalam badan seperti sel darah merah, sel saraf, dinding organ dalaman dan juga untuk pembentukan molekul-molekul metabolisma seperti enzim.
2.Sarang burung walit rendah kandungan karbohidrat
Dalam kajian yang sama, analisa sampel EBN daripada
sumber yang berbeza ini mendapati bahawa ia mengandungi serendah 8.5% sahaja
kandungan karbohidrat.
Karbohidrat merupakan polimer bagi nutrisis asas
glukosa.Apabila lebih daripada satu glukosa bergabung dan membentuk rantaian
yang panjang dan bercabang, ia membentuk struktur yang kita kenali sebagai
karbohidrat.
3. Kandungan lemak yang rendah
Lemak merupakan salah satu daripada makronutrien penting dalam keperluan
harian kita selain daripada kabohidrat dan juga protein.
Lemak penting kerana ia terlibat dalam pembentukan struktur sel saraf manusia dan juga struktur lain dalam sistem
saraf tunjang. Lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga dalam badan selain
glukosa.
Namun yang demikian, ianya bukanlah pilihan tenaga utama badan. Situasi
semasa menunjukkan ramai rakyat Malaysia mengambil terlalu banyak lemak dalam
makanan.
Pengambilan lemak yang berlebihan boleh membawa kepada peningkatan
risiko untuk menghidap peyakit jantung dan juga strok.
No comments:
Post a Comment