KHASIAT DURIAN BELANDA

 Apakah khasiat durian belanda?

Dikenali sebagai soursop atau dalam bahasa saintifiknya sebagai Annona Muricata, durian belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan.Kini telah ditanam secara meluas di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.Berbeza dengan buah durian, buah durian belanda mempunyai duri yang lembut dan tidak mempunyai bau yang kuat.

9 Kebaikan Durian Belanda 

1.Membantu Menghidratkan Badan:Tahukah anda bahawa durian belanda mempunyai sebanyak 84% kandungan air dan ia membantu menghidratkan badan.Bukan itu sahaja,ia juga berperanan untuk mengawal kekurangan air dalam badan.

2.Untuk Sistem Peredaran Darah Yang Baik:Durian belanda mengandungi vitamin B yang boleh membantu proses peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma badan.Malah vitamin B2 pula membantu proses menyimpan lemak di dalam badan,menguatkan otot jantung dan mengukuhkan fungsi saraf badan.

3.Antioksidan Yang Tinggi:Buah ini kaya dengan khasiat vitamin C sekaligus menjadi ejen antioksidan yang baik untuk badan seseorang.Ia dapat melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya tahan tubuh.


4.Alternatif Untuk Kebah Demam : Selain buahnya, manfaat durian belanda juga ditunjukkan melalui penggunaan daunnya.Di Afrika misalnya, mereka akan memandikan kanak-kanak yang sedang demam dengan air daun durian belanda sebagai rawatan.Anda juga boleh mengambil teh durian belanda untuk mengurangkan suhu badan akibat demam.

5.Mengurangkan Sakit Ulser Mulut:Derita akibat ulser mulut memang susah nak gambarkan. Sama ada nak bercakap, telan air liur atau mengunyah makanan, memang terasa perit.Sekiranya anda berdepan dengan ulser mulut, cuba tumbuk daun buah durian belanda dengan letakkan sedikit air dan tampal pada bahagian yang sakit. Ia membantu mengurangkan saiz ulser dan menghilangkan sakit tersebut tanpa melukai ulser.


6.Menghalang Pertumbuhan Parasit Dalam Badan:Kandungan asid amino, karbohidrat, serat, riboflavin dan beberapa manfaat lain dapat menghalang jangkitan parasit di dalam badan seseorang.

7.Untuk Memudahkan Buang Air Besar:Untuk yang sedang menghadapi masalah ini mungkin boleh mencuba kaedah ini.Ambil buah dan perah jusnya sehingga penuh satu cawan. Minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari.

8.Membekalkan Tenaga:Durian belanda mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Jadi ia dapat membekalkan tenaga supaya seseorang kekal bertenaga.

9.Membantu Mengurangkan Masalah Tidur: Tak ramai yang tahu durian belanda mengandungi bahan kimia yang dinamai ‘trytophan’ yang membantu seseorang untuk berasa tenang dan mengantuk.

No comments:

Post a Comment