1.Merangsang
sistem imun
Menurut
beberapa kajian, orang yang minum teh dengan kerap tidak mendapat jangkitan
bakteria dan virus semudah orang lain yang tidak mengambilnya.Jelas bahawa teh
hijau membantu meningkatkan system imun badan. Hal ini adalah kerana sebatian
yang dipanggil catechin berfungsi sebagai
pelindung terhadap bakteria dan virus.Di samping itu, catechin juga melawan
toksin yang dikeluarkan oleh mikrob.
Bukan
itu sahaja, ia juga menghalang penyakit yang disebabkan oleh mikrob dan kulat,
seperti nafas berbau, disentri, senak, cirit-birit,kerosakan gigi, selesema,
serta batuk.
2.Astringen
Astringen
adalah satu lagi khasiat teh hijau. Bahan astringen merangsang pengecutan otot
dan tisu serta menguatkan otot dan kulit.Walaupun anda tidak minum teh,
membasuh mulut anda dengan teh setiap hari akan memberikan penguncupan pada
gusi anda untuk memastikannya kukuh dan sihat.Hasilnya,gigi akan sentiasa sihat
dan tidak perlu bimbang tentang gigi longgar atau tercabut.
3.Antikanser
Selain menyebabkan penuaan pramatang, radikal bebas juga menyebabkan beberapa jenis kanser.Catechin di dalam teh hijau boleh meneutralkan radikal yang berbahaya ini, menghentikan pembentukan karsinogen seperti nitrosamines dan mengurangkan risiko kanser.Teh hijau kini disyorkan dan dipreskrip secara meluas untuk pesakit oleh doktor dan ahli farmasi.
4. Mengurangkan
kolesterol
Teh
hijau diketahui berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol kerana ia
mengandungi bahan yang dipanggil alkali.Mekanisma di sebalik ini adalah kafein
daripada minuman teh akan menggerakkan asid lemak daripada tisu lemak,
mengurangkan komposisi lemak dan menjadikan mereka tenaga bersedia untuk
aktiviti fizikal.Ini jelas akan meningkatkan prestasi fizikal dan mencegah obesiti.Terutamanya
diabetes tahap II, yang melibatkan gula dalam darah yang tinggi disebabkan
kekurangan insulin.Teh hijau dipercayai meningkatkan sensitiviti insulin dan
mengurangkan tahap gula dalam darah.
5.Sihat
untuk jantung dan arteri
Teh hijau mengandungi komponen berbeza yang boleh menghalang penebalan darah, seterusnya, mengurangkan kebarangkalian mendapat arterosklerosis,trombosis, dan juga strok jantung dan otak.Beberapa faktor risiko utama ditemui akan dipengaruhi oleh tabiat meminum teh. Ini termasuk tahap kolesterol, kolesterol LDL dan triglycerides.Sebagai antioksidan yang kuat, minuman ajaib ini boleh menghalang zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung.Anda mungkin mahu mengamalkan tabiat meminum teh kerana ia boleh mengurangkan berat badan meningkatkan prestasi mental dan fizikal anda, dan membawa kebaikan ke jantung anda.
No comments:
Post a Comment