Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.
Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3), masing-masing mewakili 99.9% dan 0.1% hormon tiroid. Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.
Penyebab
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal
- Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan
- Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif.Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)
2.Masalah yang berpunca daripada
struktur kelenjar tiroid itu sendiri
·
Goiter
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar
tiroid membengkak
·
Nodul tiroid
Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh
disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku
iaitu barah tiroid
·
Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di
kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat
beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.
Gejala
Hipertiroidisme merupakan
keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon
tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
1. Tangan
menggeletar (tremor)
2. Rasa
gementar
3. Degupan
jantung yang laju
4. Mudah
berpeluh dan panas
5. Susut
berat badan
6. Lesu
dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme merupakan
keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid
yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
1. Lesu
2. Sukar
untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
3. Kulit
kering
4. Sembelit
5. Sentiasa
berasa sejuk
6. Pendarahan
haid yang banyak dan lama bagi wanita
Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
Gambar : Kelenjar tiroid
Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar
Barah tiroid terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.Antara kaedah alternatif adalah dengan NTDOT
No comments:
Post a Comment