PEMAKANAN SEIMBANG
MEMPENGARUHI KESIHATAN DIRI
Kepentingan Pemakanan Seimbang
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Kebaikan pemakanan seimbang
1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna.
Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendapat atau membina tubuh badan yang sihat dan cergas.
2. Mengawal kadar obesiti.
Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti dengan mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup khasiat untuk tubuh badan.
3. Perkembangan mental seseorang tidak terganggu
Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah letih bila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti. Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya hidup yang lebih sihat.
4. Memberikan vitamin kepada tubuh badan.
Badan manusia memerlukan vitamin untuk melawan penyakit yang ada didalam badan manusia dan melindungi penyakit berjangkit. Maka manusia yang mengambil makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.
Tips pemakanan seimbang
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
- Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
- Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
- Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
No comments:
Post a Comment