Setiap hari, badan anda terdedah kepada pelbagai kuman sama ada di kulit atau di dalam mulut. Tambahan pula, badan anda menggugurkan kulit setiap hari dan semua kuman serta kulit mati tersebut akan terkumpul jika ia tidak dibuang atau dibersihkan, seterusnya berpotensi menyebabkan jangkitan!
1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur
Cara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan gangguan orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur!
Cara memberus gigi adalah memberus selama dua minit dengan lembut tetapi dengan teliti. Gunakan berus gigi yang lembut agar tidak menyakitkan gusi dan jangan lupa untuk menggantikan berus secara berkala setiap 3 bulan untuk mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.
No comments:
Post a Comment