SEBAB-SEBAB GAGAL DALAM MENGURUSKAN KEWANGAN

Nak berjaya mengurus kewangan ini mudah saja. Hidup di bawah kemampuan, simpan lebihan duit, laburkan duit setelah cukup tabung kecemasan. Tapi kenapa masih ramai yang gagal menguruskannya?Namun statistik sendiri mengatakan bahawa 75% rakyat Malaysia tidak ada simpanan sebanyak RM1,000 dan ini semestinya membimbangkan.

Jom kita lihat beberapa sebab mengapa gagal urus wang penting untuk anda ambil tahu.

1. Kurangnya Ilmu Pengetahuan

Punca utama adalah kurangnya ilmu berkenaan pengurusan kewangan. Setiap kali dapat gaji saja, mesti duit habis. Silap haribulan, kita terpaksa pula meminjam untuk mengharungi kehidupan.

Kita pun tak tahu berapa banyak kita perlu asingkan daripada gaji untuk simpanan, berapa untuk perlindungan, berapa untuk pelaburan. Dan kesilapan utama adalah kita sangka bahawa untuk bersara nanti, sekadar duit simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mencukupi.


2. Bertangguh Dalam Menyimpan

Perkara paling asas dalam pengurusan kewangan adalah menyimpan. Sekiranya perbelanjaan dan pendapatan sama setiap bulan, mana duit yang akan disimpan?Lebih parah apabila perbelanjaan mengatasi simpanan, hutang pula semakin bertambah. Ianya akan berlarutan selagi kita tak dapat kawal nafsu dan selagi kita tak tahu nak bezakan di antara keperluan dan kehendak.Maka kurangkanlah perbelanjaan dan mulakan simpanan hari ini juga.

3. Matlamat Yang Tak Jelas

Tidak mempunyai matlamat yang jelas adalah salah satu punca kenapa kita gagal untuk mengurus wang dengan baik.Mula dengan sekecil-kecil berapa simpanan kita perlu buat setiap bulan sehinggalah ke berapa duit yang diperlukan untuk bayar downpayment rumah dan berapa sasaran tabung persaraan bila nak pencen nanti.Bila dah ada matlamat, senang untuk kita periksa dan perbaiki kelemahan yang ada.

4. Hutang Yang Tinggi

Orang kita memang suka berhutang. Dengan kemudahan kad kredit, maka lagi senang untuk kita berhutang.Sedar tak sedar, hutang semakin banyak. Bayar pula hanya yang minima setiap bulan.Kalau hutang baik seperti beli rumah takpe juga, ini hutang jahat seperti kad kredit dan pembiayaan peribadi.

 

 

No comments:

Post a Comment