Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!
Semua orang tahu mengenai kepentingan dan manfaat bersenam. Bukan sahaja ia boleh membuatkan badan lebih sihat, malah senaman juga dapat membantu anda mempunyai mood yang lebih baik.Sebarang aktiviti fizikal atau senaman yang dilakukan amat bermanfaat kepada kesihatan. Justeru, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, kanser dan penyakit kardiovaskular.
Apakah maksud kecergasan?
- Secara mudahnya, kecergasan atau fitness bermaksud kondisi badan seseorang yang kuat dan sihat.Mereka yang dikatakan cergas selalunya boleh berlari dengan pantas atau mengangkat objek yang berat. Walau bagaimanapun, kecergasan mempunyai makna yang lebih meluas dan mungkin berbeza mengikut individu.
Kepentingan kecergasan diri
Setiap orang perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk kesihatan yang lebih baik.Malah, ada banyak kepentingan dan manfaat bersenam atau kecergasan diri yang anda mungkin tidak tahu. Antaranya adalah:
1. Boleh
menjimatkan wang
2. Meningkatkan jangka hayat dan mengelakkan
kecederaan
Mereka yang selalu bersenam dan kerap melakukan aktiviti fizikal mempunyai kekuatan otot, ketumpatan tulang, fleksibiliti dan stabiliti yang lebih baik.Malah, aktiviti fizikal juga dapat mengurangkan risiko kecederaan, lebih-lebih lagi apabila kita sudah menginjak ke usia tua.Sebagai contoh, mereka yang mempunyai otot dan tulang yang lebih kuat kurang berisiko untuk tercedera atau mengalami kerosakan tulang jika jatuh atau kemalangan.
3. Jadi lebih sihat
Ramai orang tahu aktiviti fizikal serta senaman dapat membuatkan kita jadi lebih sihat. Malah, ada banyak kebaikan dan kepentingan bersenam, antaranya ia dapat membuatkan tulang dan otot menjadi semakin sihat dan kuat.
No comments:
Post a Comment