Apa Itu Penyakit 3 Serangkai?
Penyakit tiga serangkai ialah penyakit yang berkaitan dengan kencing manis, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung koronari.Punca penyakit 3 serangkai daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat, dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.Jika ketiga-tiga penyakit ini tak dikesan lebih awal dan dirawat, ianya boleh menyebabkan serangan jantung dan menyebabkan kematian.
Penyakit 3 Serangkai: Penyakit Jantung Koronari
Apakah Tanda Penyakit Jantung Koronari?
Simptom penyakit jantung koronari (Coronary Artery disease) atau jantung tersumbat boleh dikenalpasti jika anda mengambil langkah awal.Pemeriksaan kesihatan sekali setahun sangat-sangat membantu dalam mengenal pasti segala jenis penyakit termasuk penyakit 3 serangkai.Tetapi ada beberapa tanda awal yang boleh anda perhatikan jika penyakit jantung koronari berlaku.
Contoh tanda-tanda :
- Sakit dada/Rasa sesak dibahagian dada
- Selalu mengah atau tak cukup nafas
- Rasa sakit, kebas atau rasa lemah dan sejuk dibahagian kaki dan tangan yang disebabkan oleh salur darah tersumbat
- Rasa sakit dibahagian tekak, rahang, leher atau bahagian belakang
Punca Penyakit Jantung Koronari
Punya sakit jantung koronari daripada pembentukan plak yang tersumbat didalam salur darah yang dipanggil Atherosclerosis.Pembentukan plak yang berlebihan ini mengecilkan salur darah dan menghalang darah untuk lalu dibahagian tersebut.Akhirnya, ini menyukarkan oksigen untuk dibekalkan kepada seluruh badan.Ini lah salah satu punca serangan jantung berlaku kepada pesakit.
Secara umumnya, antara punca-punca penyakit ini boleh berlaku ialah
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
- Obesiti
- Merokok
Cara Cegah Penyakit Jantung Koronari
Sudah tentu setiap penyakit ada punca, setiap punca ada pengubatnya.Jika anda amalkan cara pencegahan yang betul, sudah tentu anda pun boleh elakkan penyakit 3 serangkat ini berlaku.Dibawah ini merupakan cara mencegah penyakit jantung koronari yang berkesan untuk anda.
- Berhenti merokok
- Elakkan mendapat penyakit lain seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, dan kolesterol tinggi
- Rajin bersenam dan aktiviti berat sekurang-kurangnya 30 minit setiap
- Makan makanan yang kurang kandungan garam dan lemak
- Kekalkan BMI yang normal dan elakkan
- Elak stress dan masalah
- Amalkan memakan makanan dan persekitaran yang bersih.
Penyakit 3 Serangkai: Kencing Manis / Diabetes
.
.Apa Tanda Kencing Manis?
Simptom kencing manis boleh terbahagi kepada dua peringkat:
- Peringkat Awal
- Peringkat Akhir (Kronik)
.Antara tanda awal yang boleh dialami oleh mereka yang menghidap penyakit ini ialah seperti dibawah:
- Sering rasa lapar – Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, tapi gula tersebut tak dapat digunakan sebagai tenaga kerana tiada hormon insulin untuk menukarkan gula tersebut kepada tenaga. Inilah sebabnya pesakit mudah berasa lapar.
- Cepat rasa haus & kerap buang air kecil – Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga acap kali berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus.
- Turun berat badan – Insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tak dihasilkan. Kesannya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai sumber tenaga.
- Alami jangkitan kulit – Pesakit kencing manis juga selalunya mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman terutama pada kulit.
.
Punca Penyakit Diabetes
.
Masalah kencing manis jenis I terjadi apabila hormon insulin yang berfungsi mencerna kandungan gula, gagal untuk dihasilkan oleh badan.Pankreas pula ialah organ yang bertindak menghasilkan insulin.
.Antara punca masalah diabetes yang boleh berlaku ialah:
- Kerosakan pada organ pankreas
- Keadaan autoimmune kepada antibodi dalam badan dan menyerang sel pankreas.
- Minum minuman beralkohol
- Merokok
- radang pankreas atau jangkitan kuman
.Manakala diabetes jenis kedua ialah masalah sel badan tidak dapat bertindak balas terhadap insulin yang dipanggil sebagai insulin resistance. Ini menyebabkan gula tidak dapat dicerna dan digunakan sebagai tenaga.
.
Antara faktor yang menyebabkan ini terjadi ialah:
- Pengambilan makanan yang tidak sihat dan tak cukup zat.
- Kurang melakukan aktiviti bersenam
- Masalah berat badan
.Pencegahan Kencing Manis
.Untuk anda yang belum menghidap penyakit 3 serangkai jenis diabetes ini, atau takut penyakit ini terjadi kepada anda.Anda boleh lakukan langkah-langkah pencegahan yang min sediakan ini.
.
Semua lapisan masyarakat terutama pesakit diabetes dinasihatkan supaya:
- Berhenti merokok
- Periksa kandungan gula dalam darah secara berkala.
- Jangan ambil minuman yang mengandungi alkohol
- Amalkan pemakanan yang seimbang, dan cut makanan atau minum yang mengandungi gula kepada yang lebih sihat.
- Kurangkan berat badan ke tahap normal bagi pesakit yang mengalami obesiti.
.Penyakit 3 Serangkai: Darah Tinggi / Hipertensi
.
Jika anda ambil berat, selalunya tanda-tanda darah tinggi boleh sahaja dikenal pasti diperingkat awal melalui pelbagai saringan kesihatan.Penyakit ini dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana simptom penyakit ini kadang kala susah untuk dikenal pasti di peringkat awal jika tidak berjumpa dengan doktor.Sesetengah orang akan merasakan tanda-tanda darah tinggi sebagai penyakit biasa sahaja.
.Tanda Penyakit Darah Tinggi
.
.
Untuk penyakit ini, ada beberapa tanda-tanda yang boleh kita lihat jika seseorang itu menghidap penyakit darah tinggi.
.
Ini kami senaraikan 7 tanda darah tinggi yang boleh berlaku kepada anda, cuba periksa satu persatu mana yang padan dengan anda:
1) Sakit Kepala – Kebanyakkan individu yang berpotensi menghidap penyakit darah tinggi mula-mula sekali mereka akan berasa sakit kepala yang agak kerap.
2) Sesak Nafas – Banyak punca sesak nafas yang boleh berlaku, boleh jadi anda mungkin menghidap pulmonary hypertension. Pulmonary hypertension merupakan salah satu penyakit darah tinggi yang mengganggu sistem pernafasan.
3) Hidung Berdarah – Bahagian dalam rongga hidung mempunyai permukaan tisu yang lembab dan penuh dengan salur darah. Apabila tisu ini luka atau pecah akibat tekanan darah tinggi, hidung akan mula berdarah.
4) Kulit Kemerah-Merahan – Kulit kemerah-merahan atau Flushing merupakan salah satu simptom darah tinggi yang boleh berlaku apabila tekanan darah meningkat lebih dari kadar biasa.
5) Sakit Dada – Seperti penyakit darah tinggi yang sangat berkait dengan penyakit jantung, boleh jadi ia merupakan salah satu tanda yang anda akan rasa bila penyakit darah tinggi anda menjadi semakin serius.
6) Penglihatan Kabur – Penyakit darah tinggi yang tidak dirawat juga boleh menjadi penyebab kepada gangguan penglihatan, dan lebih teruk penyakit mata. Penyakit darah tinggi boleh menyebabkan kerosakkan saluran darah yang disalurkan pada retina dibahagian dalam bola mata.
7) Kencing Berdarah (Hematuria) – Umumnya kencing berdarah (atau hematuria) berlaku disebabkan oleh masalah buah pinggang atau pendarahan dalaman yang berlaku pada sistem perkumuhan. Tanda darah tinggi ini selalunya terjadi kepada pesakit yang mempunyi masalah yang serius.
No comments:
Post a Comment