Cara Bijak Mengurus Kewangan 

Meskipun Bergaji Kecil


Siapa kata gaji kecil tidak mampu untuk mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik? Jika dibuat dengan betul, mereka yang bergaji kecil mampu hidup dengan lebih senang berbanding mereka yang bergaji besar.

Banyak berlaku kes hari ini di kalangan anak muda yang baru saja bekerja, mereka mudah untuk melakukan hutang keliling pinggang. Berikut adalah 3 tips bagaimana untuk mengurus kewangan meskipun bergaji kecil.

1. Hidup Dengan Keperluan Bukan Kemahuan

Elakkan berbelanja mengikut hawa nafsu semata-mata.Jika anda masih berbelanja mengikut kemahuan, maka kewangan anda juga akan bermasalah sebelum sempat menerima gaji yang seterusnya.

Tidak salah untuk sesekali reward diri dengan membeli barang yang menjadi kemahuan sendiri, namun biarlah ianya berpatutan dan seiring dengan kemampuan. Atau dengan kata lain, ukur baju di badan sendiri. Bukannya mengukur baju di badan orang lain.

2. Utamakan Simpanan, Kemudian Melabur


Ramai anak-anak muda hari ini yang lebih cenderung untuk hidup mewah meskipun gaji masih rendah. Jangan jadikan diri anda sebagai hamba nafsu yang akhirnya akan membebankan diri sendiri.

Mulakan tabiat menyimpan dengan memastikan anda mempunyai tabung sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Sekurang-kurangnya jika ditimpa musibah, ada sedikit simpanan yang boleh digunakan ketika sesak.

Bila dah cukup tabung simpanan, kemudian barulah melabur. Lagi awal anda mula melabur, semakin besar ianya akan berkembang dengan adanya faedah berganda (compounding interest).

3. Sikap Tidak Ambil Peduli

Ada juga yang tidak mengambil peduli langsung mengenai kewangan diri sendiri.

Tiada simpanan? Tidak mengapa.
Tiada pelaburan? Takpe hidup masih muda, KWSP kan ada.
Kalau kena buang kerja? Kerajaan mesti bantu punya.

Selagi anda sendiri tidak mengambil peduli, maka selama itulah anda akan terperangkap. Oleh itu, uruskan kewangan anda dengan bijak. Jangan jadikan alasan bergaji kecil tidak boleh menyimpan atau melabur.





No comments:

Post a Comment