SEGARKAN DIRI DENGAN AIR KOSONG 

Adakah anda tahu kepentingan minum air kosong? Berapa banyak anda perlu minum? Adakah anda pasti anak anda mengambil air kosong mencukupi pada setiap hari? Kepentingan minum 6 hingga ke 8 gelas setiap hari adalah perlu bagi fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan. Selain itu, air kosong juga dapat melindungi organ dan tisu dalam badan manusia. Malah, pengambilan air kosong yang secukupnya dapat mengelakkan anak anda daripada dehidrasi.


"Dehidrasi bermaksud gangguan keseimbangan cairan atau air dalam tubuh."


Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan pada sistem kognitif, melemahkan fungsi kardiovaskular, mengurangkan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dan mengganggu sistem kawalan suhu badan. 

Kebiasaannya anak anda akan mudah berpeluh akibat daripada aktiviti yang mereka lakukan seperti bermain dan berlari. Oleh itu, kandungan air dalam badan yang mencukupi diperlukan untuk membantu sistem perkumuhan (pengeluaran bahan buangan daripada badan dengan berkesan). Sekiranya, anak anda mengalami kekurangan air, buah pinggangnya terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.


Tips untuk meningkatkan pengambilan air kosong:

 i. Kawal anak anda daripada pengambilan minuman bergula dan berkarbonat bagi mengelakkan penambahan kalori yang tidak perlu. 

ii. Galakkan anak anda untuk minum air kosong dengan banyak. 

iii. Pastikan air kosong sentiasa tersedia dan mudah untuk diambil di rumah. 

iv. Bekalkan air kosong ke sekolah. 

v. Sediakan jadual minum air dan berikan kepada anak anda supaya mereka tidak lupa untuk minum air. vi. Jadi contoh kepada anak anda dengan membawa botol air ke tempat kerja. 

vii. Anak-anak mesti diperingatkan untuk minum air kosong walaupun tidak merasa dahaga.

Vitamin A merupakan istilah generik bagi sekumpulan sebatian lemak yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Seorang lelaki dewasa memerlukan dalam 900 mcg vitamin A dalam sehari. Manakala wanita dewasa memerlukan 700 mcg, kanak-kanak dan remaja dalam 300-600 mcg vitamin A sehari.

Selain penting bagi mata kita untuk mengekalkan penglihatan yang sihat, vitamin A juga diperlukan bagi memastikan organ dan sistem imunisasi dapat berfungsi dengan baik serta membantu dalam perkembangan bayi di dalam rahim. Namun begitu, apakah faedah vitamin A ini pada kulit kita?

Salah satu sumber Vitamin A adalah Ubi Keledek

Menjaga Kulit Daripada Kerosakan UV

Vitamin A merupakan antioksidan yang kuat dan boleh didapati dalam makanan yang kaya dengan beta-carotene dan provitamin A carotenoids. Dengan mengurangkan kepekaan kulit kepada cahaya matahari dan memberi perlindungan semulajadi terhadap kemerahan dan pigmentasi yang disebabkan oleh matahari, vitamin A dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan kolagen dalam kulit lalu menyumbang kepada garis-garis halus serta kulit kendur.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-Sel Kulit Yang Sihat

Retina, retinol dan asid retinoik sangat penting dalam pengeluaran dan pertumbuhan sel-sel kulit. Vitamin A dapat merangsang pengeluaran fibroblast dalam lapisan kulit kita. Fibroblast merupakan sel yang bertanggungjawab dalam memastikan kulit kekal sihat dan tampak anjal. Oleh kerana vitamin A dan carotenoids memainkan peranan besar dan pertumbuhan sel dan tisu, kekurangan vitamin ini akan mengakibatkan kulit kita mengalami masalah kekeringan dan melambatkan luka untuk sembuh.

Melindungi Kulit Daripada Infeksi

Kulit memainkan peranan yang penting dalam sistem imunisasi badan kita kerana ia merupakan benteng pertahanan pertama yang melindungi badan kita daripada sebarang bakteria, pencemaran dan jangkitan kuman. Dengan menggalakkan pengeluaran sel, vitamin A membantu dalam menguatkan lagi benteng ini lalu melindungi kulit kita daripada ancaman berbahaya yang cuba menyerang.

Mengurangkan Kedutan Pada Kulit

Kebanyakan dermatologi akan mencadangkan pengambilan vitamin A dalam memerangi tanda-tanda penuaan seperti kedut dan kerut kerana sifatnya yang anti-aging. Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa vitamin A dapat merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit kita. Retinoid akan menghidupkan sel yang bertanggungjawab dalam pembuatan kolagen baru, lalu menguatkan kulit kita dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit, secara tidak langsung membuatkan kulit tampak licin dan awet muda.

Menyekatakan Tona Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah

Krim yang mengandungi vitamin A dapat membantu mengurangkan bintik-bintik coklat pada kulit dan merangsang seri kulit dengan dua cara;

Pertama – meningkatkan dan menormalkan proses keratinization (perolehan sel kulit), yang membantu kulit kita membuang pigmentasi dan kerosakan pada kulit, lalu memberi ruang bagi sel-sel yang sihat.

Kedua – retinoid boleh menghalang enzim yang diperlukan bagi penghasilan melanin (pigmen), yang dapat membantu dalam menampakkan kulit kelihatan berseri, cerah dan glowing.

Merawat Jerawat

Jerawat terbentuk apabila liang roma muka tersumbat dengan sel-sel kulit mati, bakteria dan lebihan minyak pada muka. Ini merupakan tempat pembiakan buat Propionibacterium, iaitu bakteria yang bertanggungjawab dengan terjadinya cacat cela pada kulit. Dengan menggunakan krim vitamin A, ia akan merangsang perolehan sel kulit lalu membantu memperlahankan pengeluaran minyak pada kulit muka dan memastikan kebersihan pori.

 Apakah itu vitamin C?

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:

  1. Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
  2. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

** Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C

Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Dos harian vitamin C (Malaysia)

Kumpulan
Umur
Keperluan Harian (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan
25 mg
6-11 bulan
30 mg
Kanak-kanak
1-6 tahun
30 mg
7-9 tahun
35 mg
Remaja
10-18 tahun
65 mg
Dewasa
70 mg
Wanita mengandung
80 mg
Wanita menyusu
85 mg

Faedah Kesihatan

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:

  1. Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.
  2. Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.
  3. Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.

Kesan sampingan

Secara umumnya, vitamin C adalah SELAMAT diambil dalam dos yang disyorkan.

Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa pangjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan adalah proses menganggarkan modal yang diperlukan dan menentukan persaingannya. Ini adalah proses merangka polisi kewangan yang berkaitan dengan perolehan, pelaburan dan pentadbiran dana perusahaan.

Kepentingan Perancangan Kewangan.

Perancangan Kewangan adalah proses membingkai objektif, dasar, prosedur, program dan anggaran mengenai kegiatan kewangan yang menjadi perhatian. Ini  bagi memastikan dasar kewangan dan pelaburan yang berkesan dan mencukupi. Kepentingan boleh digariskan seperti:

  1. Dana yang mencukupi harus dipastikan.
  2. Perancangan Kewangan membantu memastikan keseimbangan yang masuk akal antara aliran keluar dan aliran masuk dana agar kestabilan terjaga.
  3. Perancangan Kewangan memastikan bahawa pembekal dana mudah melabur dalam syarikat yang menjalankan perancangan kewangan.
  4. Perancangan Kewangan membantu dalam membuat program pertumbuhan dan pengembangan yang membantu kelangsungan jangka panjang syarikat.
  5. Perancangan Kewangan mengurangkan ketidakpastian berkaitan dengan perubahan trend pasaran yang dapat dihadapi dengan mudah melalui dana yang cukup.
  6. Perancangan Kewangan membantu mengurangkan ketidakpastian yang boleh menjadi penghambat pertumbuhan syarikat. Ini membantu memastikan kestabilan dan keuntungan yang diingini.

 

Ketahui Tanda-Tanda Kencing Manis, Komplikasi Serta Cara Pencegahan


Secara amnya,maksud kencing manis ini merujuk kepada masalah di mana sel badan seseorang itu tidak boleh untuk mengunakan gula yang diperolehi melalui makanan mahupun minuman. Hal ini mengakibatkan kandungan gula tersebut terkumpul dalam saluran darah dan tidak dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil untuk diserap dalam badan. Bagi mengesahkan sama ada anda menghidapi sakit ini, beberapa ujian kesihatan dan pemeriksaan tubuh badan perlu dilakukan kerana selain kencing manis, simptom anda juga boleh disebabkan sakit seperti diabetes insipidus, ketumbuhan pada organ pituitari dan ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Apakah Punca Serta Faktor Berlakunya Masalah Kencing Manis

Masalah kencing manis boleh diklasifikasikan mengikut dua kategori berdasarkan punca iaitu diabetes mellitus jenis satu dan dua. Bagi jenis satu, masalah ini terjadi apabila hormon insulin yang bertanggungjawab dalam mencerna kandungan gula ini gagal untuk dihasilkan. Organ yang bertindak dalam menghasilkan insulin ialah pankreas. Pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada perkara ini, antaranya ialah:

  • Keroakan atau trauma pada organ pankreas
  • Antibsodi dalam badanmenyerang sel pankreas (autoimmune)
  • Pengambilan alkohol
  • Merokok
  • Jangkitan kuman ataupun keradangan pada pankreas

Berbeza dengan diabetes mellitus jenis satu, klasifikasi kedua ini merujuk kepada masalah di mana sel badan sendiri tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin (insulin resistance). Hal ini akhirnya menyebabkan gula tidak dapat dicerna kepada bentuk asas dan kandungannya kekal tinggi dalam badan. Faktor yang menyumbang kepada diabetes mellitus jenis ini ialah:

  • Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat(autoimmune)
  • Kurang bersenam
  • Masalah obesiti

 

10 Khasiat Buah Delima yang Perlu Anda Tahu


Delima (Promegranate) dengan nama saintifiknya  ‘Punica Granatum’ merupakan buah  yang mengandungi  nilai  nutrisi yang tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang  diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’.


Ia kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin yang berperanan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu. Tingginya kandungan khasiat dalam buah delima ini telah meraih perhatian bukan sahaja di bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak  kajian yang telah diterbitkan berkaitan biji, isi mahupun kulit buah delima. Pokok buah delima dikategorikan dalam tumbuhan renek yang berasal dari kawasan Asia Barat Daya. Ia tumbuh secara semulajadi dan ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.


10 khasiat buah delima

1. Rawatan dan pencegahan kanser

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kemampuan buah delima dalam rawatan kanser contohnya kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru. Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain –lain mekanisme sel kanser.

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Jus delima yang bersifat antiarterogenik, antihipertensi dan anti radang membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol serta trigliserida serta meningkatkan kolesterol high density lipoprotein (HDL)untuk pesakit hiperlipidemia. Kawalan kolesterol darah yang normal akan menurunkan risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular seperti serangan jantung,diabetes dan strok.

3. Osteoarthritis

Osteoarthritis ialah jenis arthritis yang biasa dialami. Kemerosotan sendi yang berlaku mengurangkan keselesaan dan kualiti hidup pesakit. Sifat anti radang dalam buah delima mampu membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

4. Rheumatoid arthritis

Penyakit autoimun di mana sel badan akan menyerang sel-sel lain dan menyebabkan pesakit mengalami keradangan dan lebih teruk sekiranya tidak mendapatkan rawatan perubatan. Bahan anti radang dalam buah delima membantu mengurangkan kejadian radang.


    5. Antimikrob/antifungal

Sifat antimikrob /antifungal membantu dalam rawatan berkaitan mikrob dan fungal seperti jangkitan candida dan bacteria e coli yang selalunya menyebabkan kejadian cirit birit. Aktiviti bakteria dan fungal ini dikurangkan dengan kehadiran antimikrob dalam buah delima

6. Kesihatan mulut

Kesihatan mulut yang tidak elok pastinya mengundang bau mulut dan ketidakselesaan individu. Bau mulut dikaitkan dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut. Sifat antibakteria di dalam buah delima membantu mengekalkan persekitaran bakteria oral di dalam mulut.

7. Penyembuhan luka

Tindakbalas mekanisme penyembuhan luka bersama Komponen kimia buah delima mempercepatkan pembaikan sel di bahagian yang luka, secara tidak langsung kawasan kulit yang terdedah kepada luka berkurangan

8. Kesuburan

Delima dikaitkan dengan meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Terdapat kajian menunjukkan bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat . manakala untuk kesuburan wanita pula, ia membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan

9. Alzheimer

Walaupun tiada kajian yang membuktikan penyakit Alzheimer boleh dilewatkan, tetapi terdapat kajian yang mencadangkan perubahan diet yang lebih seimbang dapat mengurangkan risiko kejadian Alzheimer berlaku. Delima mengandungi tinggi kandungan polifenol yang terbukti berperanan dalam memelihara sel –sel neuron otak. Kajian ke atas haiwan juga membuktikan tingkahlaku haiwan berubah kepada normal dan senang dikawal selepas pemberian jus delima. walaubagaimanapun lebih kajian diperlukan untuk mengenalpasti mekanisme bahan ini bertindak dalam menangani penyakit Alzheimer

10. Sumber tenaga

Ini ialah sumber tenaga yang cepat kerana kandungan fruktosa di dalamnya. 100g bahagian buah membekalkan 83 kalori iaitu 18.7 g karbohidrat dan 13g gula sementara protein dan lemak 1-2 g. Sekiranya kita mengambil 50g nasi , ia membekalkan 65 kalori dari 15 g karbohidrat. Oleh itu sekiranya kita minum jus delima, ia boleh memberkan tenaga yang cepat kepada tubuh badan kita.

8 Kebaikan Media Sosial untuk Perniagaan

Kebaikan media sosial telah membawa anjakan paradigma terhadap cara-cara perniagaan dan para usahawan berinteraksi dengan audiens mereka. Pada masa lalu, para peniaga harus keluar dan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan secara fizikal untuk menjalinkan hubungan perniagaan.

Dengan adanya interaksi di media-media sosial, proses perniagaan akan menjadi lebih senang dimana pembabitkan aktiviti perniagaan yang melibatkan audiens boleh dilakukan dengan lebih mudah, kos efektif dan efisien.Berikut adalah beberapa kebaikan media sosial untuk perniagaan yang wajib anda ketahui jika anda merupakan seorang ahli perniagaan.

1. Memudahkan Interaksi Perniagaan

Kebiasaannya, kebaikan media sosial sering digunakan untuk promosi produk-produk perniagaan. Melalui kemaskini seperti ini, ianya sekaligus dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan produk dan jualan.

Selain itu, media sosial juga berupaya untuk memudahkan interaksi perniagaan melalui fungsi-fungsi “Direct Messaging” yang disediakan. Melalui fungsi seperti ini, para pelanggan boleh mengemukakan apa sahaja soalan berkaitan dan para peniaga boleh membalas terus tanpa perlu melengah-lengahkan masa.

Dengan adanya kebolehan untuk menyampaikan respon dengan pantas, reputasi perniagaan akan lebih berkembang baik dan seterusnya mampu menjadikan proses jual dan beli menjadi lebih cepat serta efisien.

2. Keupayaan Untuk Menyuarakan Fikiran dengan Betul

Kebaikan media sosial harus menjadi senjata terhebat untuk sesiapa sahaja untuk menyuarakan pendapat dan pandangan peribadi. Meskipun begitu, para perniaga harus berhati-hati dalam menyampaikan sebarang pendapat peribadi dan janganlah terlalu radikal.Dengan cara ini, anda dapat menyuarakan fikiran anda dengan betul dan memastikan mesej anda dipaparkan lebih cermat.

3. Komunikasi Dengan Orang Di Seluruh Dunia

Pada umumnya, salah satu kebaikan media sosial sememangnya berfungsi untuk menghubungkan orang di seluruh dunia. Melalui platform internet, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa jurang masa dan lokasi.Sebagai seorang usahawan, anda haruslah mengambil peluang yang ada untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan produk dan jualan kepada seberapa banyak bakal pelanggan yang boleh.Cubalah berkomunikasi dengan rakan-rakan terdekat dahulu, dan kemudian setelah anda menguasai teknik serta skill yang betul, lebarkan komunikasi kepada skop yang lebih besar.

4. Hubungan Dengan Orang Bersependapat

Kebaikan media sosial juga boleh menjadi platform dan pentas yang eksklusif untuk perbincangan dengan orang yang bersependapat dengan anda. Melalui Facebook Group, anda boleh bergaul dengan audiens yang mempunyai minat yang sama.Berinteraksilah dengan mereka melalui perbincangan-perbincangan sedia ada terlebih dahulu. Apabila anda sudah semakin dikenali, mula buka topik perbincangan terbaru dan galakkan interaksi sesama audiens.

Melalui perbincangan dengan orang yang mempunyai minat yang sama, anda boleh mendapat input yang bagus untuk mengetahui kebolehan dan kebaikan produk jualan yang anda tawarkan.Belajarlah untuk menerima sebarang komen dan pendapat yang negatif. Jangan hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja, kadangkala anda perlukan pendapat yang sebenar walaupun pahit untuk maju kehadapan.

5. Peluang Menjadi Viral

Ini merupakan kebaikan media sosial yang harus anda tahu. Kandungan viral atau berpotensi menjadi viral merupakan frasa yang kini telah menjadi topik hangat dikalangan para peniaga. Setiap syarikat mahu mencipta kandungan viral dengan serta-merta.

Mereka mahukan iklan atau kempen-kempen mereka menjadi popular secara segera dan kekal sebagai topik perbincangan. Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Syarikat-syarikat sekarang telah membelanjakan berpuluh ribu ringgit dalam usaha mereka untuk mendapatkan kempen yang mampu menjadi viral.

Kandungan yang kebanyakannya menjadi viral adalah kandungan yang boleh dikaitkan dengan orang ramai. Jika konten tersebut dapat menggamit orang ramai, mereka semestinya akan berkongsi, menyukainya, dan memberi komen. Itulah cara organik untuk menjadi viral dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda hanya perlu mempunyai kandungan yang tulen dan menarik.

6.Kandungan Media Organik

Salah satu kelebihan terbesar media sosial adalah penjanaan kandungan media organik anda sendiri secara percuma.Anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan akses kepada petunjuk berpotensi yang berharga. Kebanyakan syarikat menggunakan platform ini untuk menjana dan berinteraksi dengan petunjuk.Tiada had yang ditetapkan untuk jumlah kandungan siaran. Anda boleh menggunakan semua sumber kandungan media anda untuk menjana minat yang tidak masuk akal terhadap produk dan projek anda.Sama ada melalui penggunaan foto, video atau hanya kemas kini – terdapat peluang yang tinggi untuk menjana respons melalui setiap satu daripadanya.

7. Pemahaman Yang Lebih Baik Terhadap Audiens Anda

Penglibatan aktif di media sosial memberikan anda peluang untuk bukan sahaja membina landas pelanggan anda, tetapi juga untuk benar-benar mengenali komuniti anda dan memahami lebih lanjut tentang perkara yang mereka cari.

Membenarkan pelanggan anda melihat sekilas tentang siapa anda sebagai pengasas syarikat dan nilai-nilai yang anda percayai, meletakkan sentuhan manusia yang tidak ternilai pada jenama anda.

8. Peluang Untuk Kekal Mengikut Trend Industri

Walaupun anda tidak berminat terhadap pembinaan rangkaian dan perbualan, media sosial masih merupakan alat dasar yang membolehkan anda mengikuti trend semasa, topik hangat dan berita berasaskan industri.Trend industri adalah salah satu titik perbincangan perniagaan yang boleh memberi manfaat besar dalam penglibatan dan kebaikan media sosial. Jika anda seorang pemilik perniagaan, media sosial menawarkan tempat untuk melihat trend industri yang terkini.